Greenboc seorang penulis yang banyak mencerca ulama PAS dalam blognya memuji kononnya tindakan Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS (baca sebagai Malaysia) berjumpa dengan
Gobind Singh Deo adalah tindakan yang bijak bukan membuat kecaman, walaupun Gobind Singh Deo banyak mencerca Undang2 Islam tanpa bertanya dan mendalami Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (II). (kan tak logik Gobind kecam PAS tanpa usul periksa)
Yang menentang hukum hudud ini ada beberapa jenis. Satu jenis macam Gobind yang mewarisi drp ayahnya Karpal, langkah mayat. Ini jenis bukan tak tahu tapi sengaja nak tentang. Dua jenis macam UMNO, Islam tapi tentang kononnya tak sesuai. Jenis Ketiga macam R. Sivarasa, Naib Presiden PKR dan spesis di PKR yang tentang atas matlamat dan tujuan tidak suka undang2 ini pasal ganggu rancangan nak Putrajaya (baca sebagai kebendaan). Dan yang akhir jenis macam Phahrolrazi Zawawi yang Islam dan kononnya berada dalam gerakan Islam tapi memperjuangan ISLAM TANPA SYARIAT. Islam kebajikan dan macam-macam istilah untuk lembut hati orang kafir.