Monday 7 December 2015

Mampukah kumpulan 5M Kucar Kacir Najib & UMNO?


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bercakap kepada penyokongnya di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada jam 8.30 malam ini. Muhyiddin tiadaa pilihan setelah dihalang berucap di Perhimpunan Agung Umno minggu depan.

Menurut sumber dalaman UMNO, perhimpunan malam ini adalah bertujuan menubuhkan satu teaam untuk menghadapi Najib pada pemilihan UMNO 2018 nanti. Muhyiddin bergerak sama sebagaimana kumpulan G18 yang mengadakan perhimpunan di Johor utuk mengerakan kumpulan melawan Presiden PAS Abdu Hadi. Hanya bezanya Muhyiddin di pecat daripada jawatan tetapi kumpulan G18 tersingkir oleh akar umbi PAS.

5M merujuk kepada Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir, Mohd Shafie Haji Apdal, Mat Said (Ahmad Said) dan Mohamed Khaled Nordin. Mereka akan bertanding 5 jawatan utama UMNO dalam pemilihan 2018 nanti.
Mengikut maklumat tersebut, Muhyiddin akan bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak, manakala jawatan Timbalan Presiden pula akan dicabar oleh Mukhriz Mahathir. Sementara itu pula jawatan Naib Presiden akan dicabar oleh Mohd Shafie Apdal, Mat Said dan Mohamed Khaled Nordin.

Selain Tun Mahathir, dikalatakan kumpulan Tokoh Melayu Ternama (G25) juga bersedia membantu Muhyiddin dalam usaha menyingkirkan Najib. Walaupun begitu masih terdapat pandangan pecahan daripada kumpulan G25 kerana ada yang pro Najib.

Sama-sama kita saksikan episod kucar kacirkan UMNO.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment