Wednesday 9 December 2015

Ingat Pakar Strategik AMANAH Cerdik, Tapi Bodoh Kena Tipu Oleh Najib!


Najib Razak makin tersempit, kumpulan Muhyiddin makin lantang menentang dan akhir ini mereka menunjukkan penentangan secara jelas. UMNO berada dalam keadaan amat lemah. Malangnya kesempaatan UMNO @ BN yang lemah ini tidak dapat dimanafaat oleh pembaangkang kerana pembangkang sendiri hilang hala tuju.

Dulu sekali pernah berlaku apabila UMNO diharamkan. Masa itu UMNO tidak ada. Pembangkang tak boleh manaafat keadaan tersebut. PAS pada masa itu adalah parti berasaskan Islam Melayu paling besar tidak dapat bergerak menafaatkan pada keadaan semasa UMNO tiada.

Waalaapun pada masa itu ada geng G18 dan Ustaz Fadhil Presiden PAS. Tapi geng G18 masa itu tidak tahu nak buat apa. Mereka ini banyak teori daripadaa pratikal.

Sekarang situasi hampir sama, walaupun UMNO tidak diharamkan tapi UMNO sangat lemah dan kedudukan Barisan Nasional pula tidak menentu apaabila MCA dan MIC dilihat tidak sehaluan dengan UMNO.

Kesempataan ini tidaak dimanafaatkan malah PAS diserang oleh AMANAH setiap hari oleh pelbagai bentuk dan berita. AMANAH hanya melihat PAS dan menepikan UMNO. Mereka bergilir-gilir dengan DAP untuk menyerang PAS. UMNO terselamat daalam keadaan ini.

Pelbagai isu dicipta untuk menekan PAS sehingga UMNO terselamat dan boleh membentuk pertahanan diri. Daripada masalaah mangsa banjir, balak, gaji dll sehingga masaalah yang tak wujud pun dicipta seperti ISIS bagi memberikan tekanan kepada PAS.

Paling bodoh apabila mengatakan PAS bersama UMNO kerana ini akan memberikaan kekuatan kepada UMNO untuk menjalankan strategi melemahkan pembangkang tak kira pembangkang nak bergabung atau tidak kerana dengan menyebut PAS bersama UMNO sebenarnya telah melamahkan PAS (untuk undi bukan Melayu) salah satu sayap yang mampu menyerang UMNO daripada undi Melayu.

Dengan mangatakan PAS bersama UMNO sebenarnya penyerang tersebut telah membantu UMNO dalam kawasaan pertandingan majoriti Melayu yang mana bukan Melayu ada sekitar 20-30%. UMNO boleh menang, kalau sebelum tidak boleh kerana undi bukan Melayu memihak kepada PAS.

Saya melihat AMANAH telah diperbodohkan dengan maklumat-maklumat palsu oleh pakar syarat UMNO. Malah Najib sendiri telah memainkan isu ini dengan baik.

Beberapa siri pertemuan AMANAH dengan ahli-ahlinya telah menyebar maklumat yang sangat bodoh dan ini semua terperangkap dengaan peraancangan UMNO. Saya perturunkan sebaraan dalam pertemuan tersebut.


Perkongsian AMANAH di Kedah:
1. Resolusi yang dapat saya buatkan disini, saya amat yakin Pas akan berganding bahu dengan Umno. Cuba lihat balik statement Najib hari ini.
2. Kebanyakan statement Presiden PAS berunsur kan maklumat dari Zuhdi. Kalau nak lihat pemikiran Hj Hadi banyak berunsur kan pemikiran Zuhdi.
3. Pas Penang, Kelantan dan Tganu memang dah ready utk bersama Umno kerana peluang cerah utk memerintah Negeri.
4. Pas berpecah 2.
A. Kumpulan TITM yg masih mahu menentang Umno.
B. Kumpulan Nik Abduh, Tantawi sudah bergerak kearah Umno.

5. Perbincangan MB di 3 Negeri iaitu Kedah, Tganu dan Kelantan. Umno hanya bersetuju menyerahkan MB kepada Kelantan dan Nik Amar sebagai MB.
6. Kajian Pas sedang berlangsung utk menilai sejauh mana sokongan atau tentangan akar umbi terhadap perpaduan Umno-PAS. Jalan mudah menghadapi tentangan ialah menawarkan jawatan kepada penentang.
7. Nik Amar dan Iskandar Samad bergaduh kerana perpaduan dgn Umno. Iskandar menolak Tahalluf Siasi dgn Umno kerana beliau percaya Selangor akan tumbang jika ini berlaku.
8. Hj Hadi yakin kemenangan PRU hanya boleh di capai dengan sokongan besar bangsa Melayu hasil kerjasama Pas-Umno.
9. Johor, PKR bersama Amanah. Jemputan Dr Mahfozd utk berbincang dgn PKR telah ditolak PKR.
10. Nasaruddin Md Isa di tawarkan jawatan CEO yg menentukan hala tuju dasar UMNO. Tentulah mempunyai impak yg besar terhadap Umno dan Pas.
11. Selepas ini akan berlaku persempadanan semula di Semananjung. MP Pas di jangka akan menyokong Umno yang dikatakan Taawun.
12. Pas menjangkakan 100K akan keluar parti tetapi mereka yakin sokongan org Melayu akan memberikan undi kepada Pas-Umno.
13. Merdeka Center di bayangi Azmin.
14. DAP kini mempunyai kekuatan 90%di kalangan pengundi mereka terutamanya orang Cina.
15. Pas Penang bertanding di DUN dan Parlimen majoriti org Melayu. Bersama DAP tidak menguntungkan Pas Penang. Jadi mereka perlu bersama UMNO.
16. PKR amat yakin berdasarkan Merdeka Center bahawa sokongan Melayu ada pada Pas. Jadi PKR amat memerlukan Pas sedangkan Pas kini sudah mula mengorak langkah utk bersama Umno. Pada saya ini adalah helah Azmin dengan menggunakan Merdeka Center bagi bersama Pas dan mengenepikan Amanah.
17. Jika tahaluf siyasi bersama bukan Islam pun di benarkan apatah lagi tahaluf siyasi bersama Umno kata Hj Hadi

Saya tak tak tahu apa yang ada dalam kepala otak pakar strategi AMANAH yang tidak mengambil kesempatan menyerang UMNO tetapi sentiasa memburuk dan menyerang PAS. Malah sebahagian kepimpinan AMANAH telah menjadikan beberapa pimpinan PAS sasaran untuk diserang. Maklumat-maklumat yang disebarkan sebahagiannya tidak logik (contoh pertemuan di Kedah).

Serangan demi serang oleh AMANAH bukan sahajaa tidak disenangi oleh PKR malah rakaan sekutunya PASMA pun membuat teguran. Pengerusi PasMa Pulau Pinang Zolkifly Md Lazim menegur Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mujahid Yusuf Rawa dalam isu debat IS dan Al Maunah.

Dalam kenyataan tersebut, Zolkifly berkata lebih elok jika pemimpin AMANAH mencari jalan untuk berdebat dengan pemimpin BN, yang walaupun menjadi pembangkang negeri tetapi masih berkuasa di peringkat pusat.

Makin hari makin kita lihat AMANAH menjadi kudis gatal dalam pembangkang dan ini akan menyababkan pembangkang menjadi makin lemah. Matlamat ke Putrajaya makin kabur kerana AMANAH tertipu dengan kenyataan NAJIB!!

Petikan di bawah boleh buat renungan.




Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment