Friday 13 November 2015

Azmin Sibuk atau malas nak layan parti AMANAH?


Ekoran kesibukan menteri besar menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, kepimpinan Parti Amanah Negara (AMANAH) hanya dapat membuat kunjungan hormat ke pejabat Mohamed Azmin Ali, pagi ini lapor Malaysiakini.

"Pagi ini kita hanya dapat buat kunjungan hormat dan hanya membincangkan bagaimana memperkukuhkan hubungan parti di Selangor serta sokongan kami kepada menteri besar," kata Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir.

Selain Anuar, turut hadir ialah Pengarah Strategi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad dan pengarah komunikasi parti itu, Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Mengikut sumber pertemuan itu adalah untuk menyelesaikan tuntutan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad supaya Pakatan Harapan menandatangani perjanjian bersama kerajaan Selangor.

Desakan itu dibuat kerana setakat ini Selangor belum mengisytiharkan negeri itu ditadbir oleh gagasan Pakatan Harapan walaupun Pakatan Rakyat yang ditubuhkan dengan PAS diumumkan telah berkubur.

Macam-macam usaha untuk menekan Azmin. tapi Azmin memang antara yang paling licik dan smart di antara pimpinan PKR. Tidak mudah dipijak kepala.



Lihat mereka yang telah keluar PKR. Tapi Azmin masih kekal walaupun pelbagai tekanan yang telah diberikan oleh Anwar Ibrahim sendiri dalam usaha memastikan Azmin tidak mengambil alih PKR daripada cengkaman Anwar Ibrahim.

Saya pernah menulis Azmin bukan MB Selangor daripada PAKATAN RAKYAT atau Pakatan Harapan. (Pembaca boleh baca di sini)

Azmin adalah MB yang mempunyai bilangan sokongan yang terbanyak iaitu 13 daripada PAS, 5 daripada yang menolak SD dan 12 daripada UMNO. Tidak wujud sokongan daripada PKR dan DAP. Sultan Selangor lantik beliau atas dasar kelebihan sokongan ini. Itu sebab PKR dan Anwar Ibrahim terpaksa tukar strategi dalam hal ini.

Mari kita belajar fakta dan maklumat ini dengan lebih terperinci.

Wujud krisis yang besar dalam PKR. Team Azmin lawan Team TS Khalid. TSKI menunjukkan kuasanya sehingga Saifudin Nasution (Setiausaha masa itu) yang dihantar untuk pantau kerajaan Selangor dibekukan dibilik tingkat 4 Pejabat Kerajaan Negeri.

Rafizi, ni pakar strategi PKR mencadangkan langkah Kajang untuk menyelesaiakan masalah ini dengan Anwar Ibrahim akan bertanding di Kajang. Langkah Kajang tanpa perbincangan dengan PR.

Mereka cuba panggil Presiden PAS untuk maklumkan perkara ini, tapi Abdul Hadi sibuk dan atas desakan itu Cikgu Pa dan Dr Samsuri dihantar. Semasa pertemuan tersebut Anwar memaklumkan dia akan ambil alih jadi MB Selangor untuk Langkah Kajang. Wakil PAS tak setuju. Mereka cakap Husam Musa dah setuju (Rupanya mereka dah bincang dengan Husam lebih terdahulu... maklumlah bakal Timbalan Perdana Menteri bila PR boleh tawan Putrajaya)

PAS tanya adakah DAP tahu? (esok nak umum perletakan jawatan Lee Chin Cheh iaitu pada 27 Januari 2014). Mereka berbohong kononnya DAP tahu. Tapi sebenarnya mereka tak maklum pun kepada DAP. Kenapa kita semua boleh fikir.

Sehari selepas langkah Kajang Lim Guan Eng membuat kenyataan (28 Januari 2014)
"I was not told about the developments in Selangor about the resignation or the Menteri Besar’s post.

"It is best for Anwar to answer. It is not right for me to talk or give views. My feelings on this matter are not important," he told a press conference in Penang.
PAS buat keputusan untuk akur dengan Langkah Kajang tetapi siapa MB Selangor akan dibincang kemudian.


Anwar tak puas hati. Timbul cakap.. "Apalah aku nak jadi PM pun tak setuju, aku nak jadi MB depa pun tak setuju."

Tiba-tiba Anwar tak boleh bertanding pasal kes liwat II. PKR membuat keputusan Wan Azizah jadi calon dan MB Selangor jika memang PRK Kajang. masa itu dah wujud kumpulan dalam PKR nak Azmin jadi MB Selangor.

TSKI cool aje dalam permainan politik PKR, malah dia jadi pengarah pilihan raya kecil Kajang.

PAS kekal dengan keputusan soal MB Selangor akan bincang selepas PRK Kajang.

Rakyat dimomok kononnya langkah Kajang adalah strategi tawan Putrajaya dan menjatuhkan UMNO. Bila sebut nak tawan Putrajaya nak jatuhkan UMNO terutama Najib... ooi rakyat seronok.. semuanya dah jadi betul. Maklumat lain palsu. Apatah lagi Rafizi jual air mata dalam forum. makin percayalah rakyat ini satu-satu strategi nak jatuhkan UMNO. PAS juga jadi mangsa.

Biasalah yang bohong akan terbongkar, Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias berkata, 'Langkah Kajang' yang dicipta Rafizi pada asalnya bertujuan untuk merangka strategi bagi menawan Putrajaya.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, matlamat 'Langkah Kajang' kini telah jauh tersasar sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan akar umbi PKR.

"Rafizi ingin merealisasikan 'Langkah Kajang' di dalam pemilihan parti bagi menggantikan Abdul Khalid dengan pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

"Kita di peringkat akar umbi kesal dan kecewa dengan usaha mendesak Abdul Khalid meletak jawatan. Sepatutnya 'Langkah Kajang' tidak berlaku demikian," katanya ketika dalam sidang media pada 7 Julai 2014.

Sultan Selangor panggil Presiden PAS secara persendirian dan menawarkan MB Selangor kepada PAS. PAS kata mereka terikat dengan Pakatan Rakyat dan cadangan untuk Wan Azizah jadi MB. Sultan tak setuju Wan Azizah, antara isunya wanita.

Abdul Hadi maklum kepada PKR tentang perkara ini, tetapi PKR masih berkeras nak Wan Azizah jadi MB. PAS juga tak berstuju dengan Wan Azizah dan memberikan alternatif kepada Azmin. Tapi PKR tak setuju. Akhir keputusan jadi tergantung. Manakala dalam PKR makin bergolak antara team Wan Azizah, Team Azmin dan Team Khalid Ibrahim.

TSKI ambil kesempatan tak nak letak jawatan dan dia mengatakan dia ada majoriti dalam Kerajaan Selangor. Masa itu ada 5 Adun PKR sokong TSKI termasuk Elizabeth Wong.

TSKI pecat exco PKR dan DAP kerana tak sokong mereka. PAS ambil sikap menyelamatkan kerajaan Selangor daripada dibubar dengan menyokong TSKI. Tindakan dikecam oleh PR dan rakyat pada umumnya yang tak faham situasi.

PKR ambil langkah memaksa Adunnya menanda tangani perjanjian Akuan Sumpah (SD). TSKI keseorangan. Dengan Sokongan PAS dan UMNO, TSKI masih kekal sebagai MB Selangor. (PAS 15, UMNO 12 dan dia Bebas 1). Kedudukan 28-28 memberikan TSKI kekal sebagai MB.

PAS mendapat kecaman makin kuat dan tekanan makin besar.

PKR telah membuat tawaran kepada beberapa Adun PAS, maklumat ini bocor kepada Presiden PAS yang pada masa itu banyak berada di Rusila. Tak sempat untuk menyuarat PAS Pusat (2 hari sebelum mesyuarat) 2 Adun PAS telah bersama PKR dan DAP tandatangan Akuan Sumpah. Kedudukan telah menjadi 30-26

TSKI sangat smart dalam hal ini, dia terus mengatakan akan melepas jawatan dan proses pengundurannya akan dibuat. Ramai buat tuduhan Dun akan dibubar, tetapi TSKI mengambil jalan yang baik untuk PR.

Bila SD ada 30 tetapi Sultan masih tak mahu Wan Azizah jadi MB. PKR masih berkeras sehingga ada yang nak menggunakan saluran perundangan.

Anwar ke Kuala Terengganu untuk jumpa Presiden PAS dan memaksa Presiden PAS menerima Wan Azizah Jadi MB. Abdul Hadi tetap dengan kaedah Islam dan mencadangkan Azmin tetapi PKR tak setuju.

Ini membuatkan Abdul Hadi ada mengatakan "Semuanya berpunca daripada enta, enta masih tak serik setelah di penjara". Anwar tension terus pulang dan gambar rambutnya yang tak terurus selepas pertemuan tersebut menjadi viral.

Dalam krisis ini, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menyembelahi Presiden PAS sehingga keluar daripada mulut beliau "PKR ni anak manja".
Sultan minta semua parti menghantar cadangan nama. PAS kemuka nama MB semuanya adalah PKR walaupun sultan berharap PAS mengemukan tokohnya. Tapi media dengan sokongan pimpinan dalam PAS memainkan isu kononnya PAS (Presiden) kemukakan 3 nama daripada PAS bertujuan untuk menyerang peribadi Presiden PAS. Allah Maha Kaya, manusia yang manipulasi isu dan keadaan ini akhirnya tercicir. Rasanya tak perlu saya sebut namanya satu persatu anda mungkin dah boleh mengganggapnya.

Tiba-tiba 5 Adun yang sokong Wan Azizah menarik akuan sumpah mengatakan akuan sumpah itu paksaan. Mereka ialah Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas), Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda), Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Ng Sze Han (DAP-Kinrara) dan Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing).

Bila Sultan panggil Wan Azizah, Azmin dan Iskandar Samad. Macam sebelum ini Iskandar menyatakan pendirian PAS yang mahukan Azmin jadi MB.

Wan Azizah pula hanya ada 25 sokongan termasuk 2 yang di curi daripada PAS.

Azmin telah disokong oleh 5 yang tarik SD, 13 daripada PAS dan UMNO ambil kesempatan sokong Azmi. TSKI berkecuali mungkin perang dengan Azmin masih belum reda.

Kini Azmin ada 31 termasuk dirinya sendiri.

Kesimpulannya AZMIN adalah MB sokongan PAS dan UMNO bukan PAKATAN RAKYAT.

Sebab itu Azmin lantik timbalan speaker daripada PAS walaupun DAP tak setuju. Sebab itu Azmin selalu sebut Selangor tak ada kaitan dengan Pakatan Rakyat. Malah dia kata PAKATAN HARAPAN dan Selangor berbeza.

Hanya geng AMANAH sahaja bodoh dalam hal ini.

Itu sebab saya rasa bodoh Husam dalam hal ini bila dia kata Abdul Hadi nak buat UG dengan UMNO dan beberapa orang PKR. MEMANG DAH BUAT PUN. Adakah itu UG??

Mereka sebenarnya memutar belit fakta bagi mengelirukan rakyat untuk kepetingannya. Husam sudah termakan dengan janji Anwar sehingga sanggup rosakkan parti sendiri dan membelakangi Tok Guru Nik Aziz.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment