Saturday 11 July 2015

PASMA dan G18-1 Beli Parti KITA?


Sekumpulan pemimpin progresif PAS sedang mengkaji kemungkinan membuat "penjenamaan semula" sebuah parti politik sedia ada, jika parti baharu yang akan ditubuhkan berdepan masalah pendaftaran dengan Pendaftar Petubuhan (RoS), kata bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Saya dapat maklumat.

Parti KITA telah dibeli dan akan ditukar nama kepada Democratic Islam Party (DIP).

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) ialah sebuah parti politik dahulunya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Parti AKIM pada mulanya ditubuhkan sebagai parti serpihan dari Parti Islam Se-Malaysia pada tahun 1995, berikutan percanggahan pendapat sesama ahli parti itu. Ada juga beberapa ahli Semangat 46 yang menyertai AKIM berikutan pembubarannya pada tahun 1996.

Pada tahun 2008, Hanafi Mamat selaku presiden parti itu bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Pada 15 Disember 2010, Datuk Zaid Ibrahim, seorang bekas pemimpin parti UMNO (Barisan Nasional) dan PKR (Pakatan Rakyat), dilantik sebagai Presiden baru parti ini (kemudiannya dipanggil "Ketua Parti") dalam sebuah mesyuarat yang turut menyaksikan perubahan perlembagaan baru dan nama baru parti menjadi "Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air" (KITA) dan dilancarkan secara rasminya pada 19 Januari 2011 oleh Ketua Parti barunya di Kuala Lumpur.

KITA  mencatat sejarah kerana pendaftar pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran parti itu, hanya tiga bulan selepas Zaid mengambil alih kepimpinan AKIM yang kemudian diubah menjadi KITA. 

Pada tahun 2012 Zaid Ibrahim cuba bubar KITA tetapi dihalang oleh KITA Kelantan Zakaria Salleh yang mengatakan Zaid cuba khianat amanah yang diasakan oleh Presiden AKIM sebelum itu Musa Salleh.




Mengikut maklumat yang saya dapat Parti KITA Malaysia telah dibeli oleh seorang korporat dengan harga RM140 ribu. Mengikut sumber berkenaan pembelian ini diuruskan oleh Ishak Surin, bekas Yang Dipertua PAS Batu.

Mengiku maklumat tersebut parti ini akan diubah dengan nama baru Democratic Islam Party (DIP) dan mencadangkan presidennya Dr Sidiq Fadhil dan Timbalannya pula ialah Mohamad Sabu.

Ada yang bergurau semasa menjadi ahli PAS (lihat pada borang), ada baiah tetapi semasa baiah tersebut Mohamad Sabu pandai taklid. Khalid Samad dikatakan menunggu dipecat agar baiahnya terbatal. Geng G18-1 buat onar untuk dipecat supaya terlepas baiah. -- Jangan ambil pusing sangat ini kenyataan bergurau.

PASMA dan G18-1 ini dikatakan telah berjumpa hampir 40 NGO Islam dan ada sebahagiannya menyatakan sokongan untuk menyertai baru parti ini dan akan diumumkan selepas raya nanti. Geng 18-1 mengikut perancangannya akan menyusul kemudian. Mereka akan melihat gerak gerik dan tindakan balas PAS.

Mengikut sumber ini, dikatakan Dato Mohd Asri, Mufti Perlis, sedang dipancing menyertainya. Rasanya tak berjaya.

Ada juga joke lagi pasal DIP ini. Kononnya dah ada logo.



Bagi saya pula mereka ini war-war aje lebih, macam muktamar PAS juga bila bertanding kalah semua. Pengikut ada 20%. Mereka menang bertahun sebelum ini kerana mereka bersama PAS, jika tidak siapa nak masuk lubang taik bersama mereka buat kerja bodoh rosakkan nama baik PAS dan perjuangan PAS. Sudah pasti Allah akan balas apa yang mereka buat.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen pertama saya untuk Nordin Ali. PASCA muktamar PAS ke 61 menjadikan saya mulai meluat dengan tindak tanduk mulah-mulah dalam PAS. Setuju 100% kumpulan pro progresif memulakan langkah ke arah penubuhan parti baru. Parti yang lebih terbuka(inklusif).

      PAS kini kembali menjadi parti jumud dan beku. Mengkhainati gagasan idea baru yang diexsprimen oleh Dato Fadzil Noor dalam mencari real politik. PAS cuba di bawa keluar dari lingkaran kepompong politik sempit mulah-mulah di rusila dan sekitar kota bahru. Pas era datuk Fadzil berupaya interaksi ke ruang politik baru merentasi arus politik perdana bersifat holistik.

      Era Fadzil Noor beliau berupaya menyekat tokoh-tokoh legelitis yang gilakan syariah berpusat di rusila. PAS menjadi parti yang punyai potensi masa depan.

      Kini melalui kerangka jahat ustaz-ustaz muda pro-ulama yang senada dan sepaksi dengan naluri mulah di rusila mula bermaharajalela dalam PAS. PAS misti meyokong UMNO(UG). PAS bukan untuk menang tapi mencari reda Ilahi. Bahtera PAS tidak mahu ke puterajaya, tetapi hendak keSyurga demi mendapatkan bidadari. Pusingan U membatalkan niat ke putrajaya. di Putrajaya tidak ada pintu Syurga. Kini PAS yang putih bersih sudah setapak menuju ke pintu Syurga. Tahniah Sdr Nordin Ali. Mungkin anda juga sudah bersama mereka berada di sana.

      Apa yang ada pada PAS era mulah-mulah. Tambah sikit lagi kata seorang mulah mereka dalam yang berbahasa kiasan sikut dan lutut. Mulah kecil itu lupa, saya tambah dalam serbanis ada kepala, dalam kepala ada tengkorak. Namun, dalam tengkorang mulah tersebut tidak ada otak. Itulah naluri wajah pemimpin mulah baru dalam PAs yang mungkin berselera untuk Nordin Ali. Terima kasih. Saya sokong percepatkan penubuhan PAS baru kerana sudah muak dengan mulah-mulah dalam PAS mutakhir ini.

      Delete
    2. dey tambi jamaqludin. apa itu pas baru sama pas mutakhir. mahu bikin baru pun masih mau guna nama pas juga ke. tarak malu ke.chiiiit....

      Delete
    3. Kalau dah sampai tahap Perjanjian Pangkor II pun masih nak kekalkan juga, aku pun dah tak tau la nak cakap apa lagi, apa gunanya duduk di Putrajaya kalau kena rantai sebegitu dasyat sekali

      Delete