Monday 6 July 2015

Islam Progresif Ala DAP


Bila akhir zaman akan wujud penyelewengan Islam secara halus. Kita akan terpesona dengan Islam ini kerana kita selalu berdasarkan akal. Ini adalah jawapan kenapa Presiden PAS tiba-tiba seolah-olah berkeras dalam Pakatan Rakyat soal Islam. Seorang pimpinan Islam, biasanya dia mendapat gerak hati. Saya secara peribadi pernah jumpa dengan Presiden PAS 2008 bertanyakan beliau berdepan 4 mata tentang DAP dan Isu Perak.

Jawapan beliau pada masa itu ada sedikit keraguan kepada saya tentang DAP. Tapi bila isu hudud ini timbul maka kebenaran jawapan Presiden dulu terserlah... Allahuakhbar!

Islam apa yang nak di bawa oleh Melayu Islam dalam DAP. Islam Progresif?


Saya tertanya-tanya, kenapa Lim Guan Eng sanggup untuk mengadakan majlis berbuka puasa dengan umat Islam. Sanggup duduk bersila, sanggup makan dengan tangan. SANGGUP MAKAN DALAM TALAM, sedangkan ada orang Islam sendiri tak sanggup (pengalaman saya makan dengan talam setiap hari lebih daripada 5 tahun)

Tapi Lim Guang Eng ini juga yang SANGGUP ROSAKKAN PAKATAN RAKYAT kerana hudud! Sedangkan hudud untuk Kelantan bukan Malaysia. Lagipun tak ada kaitan dengan bukan Islam. Kenapa? Kenapa? Ada boleh bagi saya satu rasional yang boleh saya lega dengan jawapan tersebut.

Sebenarnya Allah telah menjawab dan ini yang diperhalusi Presiden PAS kepada saya 7 tahun dahulu..

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.

 Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka). - Al-Mumtaĥanah:1-2

Tak lama lagi satu parti Islam progresif akan ditubuhkan dengan bantuan kewangan, pakar pemikir dan juga infrastratur daripada DAP. Mereka ini adalah pembawa kepada keruntuhan Islam di Malaysia. Jika kamu sertai mereka kami dijanjikan Putrajaya tetapi jika kamu membelakangi mereka kamu dikatakan jumud, mundur dan nak bergabung dengan UMNO!!







Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

3 comments:

  1. Sesuatu yang agak menarik sedang berlaku di persada politik Malaysia. Kenapa dengan segala publisiti buruk dikenakan terhadap UMNO tetapi Najib masih terus dikekalkan di tampuk pemerintahan? Najib dipaksa melaksanakan beberapa polisi yang suicidal seperti penarikan subsidi minyak dan GST dan sekarang dengan bebanan skandal2 kewangan yet beliau seakan2 tidak mampu diganggu gugat. Siapa yang mempertahankan beliau dan untuk apa beliau dipertahankan?

    Samada DAP dapat menghidu atau DAP diberi hidu, UMNO diperhina sebegitu rupa sehingga pengundi2 UMNO sendiri akan merasa meluat untuk mengundi UMNO pada PRU14 nanti. Perkara ini telah berlaku di Terengganu pada 1999 dan di Selangor, Perak, Kedah dan sediki sebanyak di Pulau Pinang pada 2004. Oleh itu eksperimen yang sama sedang cuba diulang balik pada grand scale agar pengundi2 UMNO berpindah pangkah kepada pembangkang.

    Jika mengikut perjanjian satu lawan satu PR, PAS yang akan pasti mendapat laba besar dari penghijrahan undi2 UMNO diikuti PKR manakala DAP akan tetap dengan status quo kerana DAP terlalu bergantung kepada undi Bukan Melayu. Jika ini berlaku, DAP akan terketepi dalam kuasa pemerintahan samada di peringkat negeri mahupun nasional.

    ReplyDelete
  2. ...Mari berusaha dgn ikhlas & meletakkan pergantungan hanya kpd Allah (Allahussomad)
    ...Bersabar dalam penderitaan dan kesenangan akan menjadikan seseorang selalu dekat kpd Allah dan menjaga diri daripada segala perkara yang dapat menimbulkan kemurkaan Allah. Orang ini berhak mendapat kasih sayang Allah, sehingga menjadi hamba yang dekat dengan Allah. Pertolongan Allah pun akan sangat mungkin turun kepada hamba-hamba-Nya yang bersabar. Justeru dengan bersabarlah para salafussoleh merasai kenikmatan dalam hidup. Seperti dikatakan Umar bin Khattab, "Kami mendapatkan kebaikan hidup kami dengan bersabar".

    ReplyDelete
  3. Semuga roh Allahyarham Dato Harun Taib bersemadi aman di barzah kerana niat arwah ingin melihat Tahaluf Siyasi ditamatkan telah pun berlaku..amiiin

    ReplyDelete