Thursday 30 July 2015

Aziz Bari Masuk DAP Kenapa Tak Masuk PAS?



Ada orang bertanya kenapa Aziz Bari memilih DAP tidak PAS. Dia tambah lagi amat dukacita orang yang hebat dalam perundangan dan banyak membuat analisis tidak bersama PAS. PAS Ketinggalan dalam masa depan Malaysia hari ini.

Dalam hati saya terlintas apa hebatnya Aziz Bari?

Wednesday 22 July 2015

Islam Progresif GHB Ala Islam Lim Kit Siang dan Dr Masitah


Ada pembaca hantar gambar ini kepada saya. Minta saya komen. Banyak lagi gambar-gambar lain yang hampir sama dengan gambar di atas yang melibatkan pimpinan Islam termasuk pimpinan PAS yang ingin keluar tapi belum keluar lagi telah menjadi suatu kebiasaan tanpa sebarang teguran dan rasa bersalah.

Ini mungkin Islam Progresif yang akan diterapkan dalam parti baru yang bakal didaftarkan pada 14 September ini jika tidak ditunda lagi.

Monday 20 July 2015

Zaid Ibrahim Ditanya, Mat Sabu Layak Tak Memimpin Parti Baru?


Semalam road show Gerakan Harapan Baru (GHB) di Dewan Perniagaan Cina Kota Bahru, Zaid Ibrahim di jemput hadir. Semasa Zaid datang, penceramah semasa itu Hamzah Jaafar (Pengerusi GHB Pahang yang bercakap hudud macam UMNO bercakap, sila baca tulisan saya di sini) berhenti dan menggumunkan ketibaan Zaid Ibrahim. Biasanya orang besar sahaja akan diperlakukan seperti ini. Zaid ni adalah orang besar dalam parti yang akan dibentuk nanti rasanya.

Sunday 19 July 2015

Hudud: Cetek Sangat Pengerusi GHB Pahang



Saya menonton dan membuat rakaman secara online road show Gerakan Harapan Baru (GHB) di Dewan Perniagaan Cina Kota Bahru malam ini. Saya nak ulas pasal ceramah pertama selepas Wan Rahim iaitu Hamzah Jaafar Pengerusi GHB Pahang. Maaf saya tak panngil dia Dr. pasal dulu semasa tahun 2012 ada orang mempersoalkan status Dr.nya. Yang ini cerita lama rasanya orang rapat Hamzah ni tahu cerita sebenar.

Katanya Ijazah pertama dia ni ialah specialist dalam bidang dakwah. Ijazah Sarjana membuat kajian mengenai khutbah Jumaat. Katanya ijazah Phd pula membuat research mengenai ruh pemakanan As Sunnah.

Thursday 16 July 2015

Anwar Sokong Gerakan Harapan Baru (GHB)?


Semalam Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, "Saya menyambut baik pengumuman dan pelancaran GHB yang mengumpulkan ahli-ahli Parlimen, ADUN dan aktivis yang mempunyai rekod teruji menentang UMNO/BN".

“Gerakan yang diketuai Mohamad Sabu dan dipimpin oleh tokoh-tokoh yang telah lama berjuang menentang UMNO/BN ini adalah satu perkembangan baik pada kala rakyat mencari-cari jawapan kepada pelbagai kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda negara sekarang,” katanya dalam kenyataan media.

Sunday 12 July 2015

Bila Mujahid dan Khalid Samad Nak Keluar PAS?


Saya selalu ditanya soalan kenapa G18 dan PASMA yang lantang kritik PAS dan mencanang nak tubuh parti baru tak keluar PAS. Katanya lagi keluar PASlah baru nampak 'gentleman'.

Saya kata mereka ini takut makan sumpah, mereka masih ada kepercayai bahawa PAS adalah Jamaah Islam tetapi nafsu mereka sahaja yang lebih besar daripada akal. Macam syaitan yang tahu akan kebenaran pasal dia boleh berdiolog dengan Allah tetapi takaburnya tinggi maka dia termasuk dalam golongan kafir.

Saturday 11 July 2015

PASMA dan G18-1 Beli Parti KITA?


Sekumpulan pemimpin progresif PAS sedang mengkaji kemungkinan membuat "penjenamaan semula" sebuah parti politik sedia ada, jika parti baharu yang akan ditubuhkan berdepan masalah pendaftaran dengan Pendaftar Petubuhan (RoS), kata bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Saya dapat maklumat.

Saifuddin Nasution Buat Kerja Bodoh Lagi


Saifuddin Nasution menulis dalam facebooknya "Masih ingat saat aku menemani Datuk Seri Anwar berjumpa dengannya. Bagaimana Datuk Seri Anwar diaibkan dengan bahasa yang cukup kasar".

Media massa dan akhbar mempercayai peristiwa tersebut merujuk kepada ‎pertemuan singkat Anwar dengan Abdu Hadi di Terengganu untuk menukar jawatan menteri besar Selangor yang ketika itu disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Monday 6 July 2015

Mahathir, Najib dan Wall Street Journal


Jumaat lalu Wall Street Journal menyiarkan laporan mendakwa sejumlah hampir AS$700 juta dana milik 1MDB disalurkan kepada akaun di bawah nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak".


Ekoran laporan itu juga pelbagai pihak mendesak perdana menteri mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ bagi membersihkan namanya serta mempertahankan integriti kerajaan.

Islam Progresif Ala DAP


Bila akhir zaman akan wujud penyelewengan Islam secara halus. Kita akan terpesona dengan Islam ini kerana kita selalu berdasarkan akal. Ini adalah jawapan kenapa Presiden PAS tiba-tiba seolah-olah berkeras dalam Pakatan Rakyat soal Islam. Seorang pimpinan Islam, biasanya dia mendapat gerak hati. Saya secara peribadi pernah jumpa dengan Presiden PAS 2008 bertanyakan beliau berdepan 4 mata tentang DAP dan Isu Perak.