Saturday 27 June 2015

Tudung Hannah Yeoh


Selepas solat subuh tadi saya terbaca artikel di Roketkini bertajuk "SPEAKER DIKRITIK KERANA BERTUDUNG". Sebelum itu saya sudah terbaca artikel berkenaan tudung Hannah Yeoh ni blog Helen Ang seorang penulis blog yang banyak mengulas isu-isu politik terkini.

Hannah Yeoh ni suka berada dalam masyarakat Melayu Islam dan pengundi kawasannya pun ramai yang Islam dan pengundi Islam menjadi penentu kepada kemenangan dia.
Yang terkumpul pada gambar di atas itu 30 kali dia memakai tudung. Mungkin banyak lagi.

Orang Islam bila lihat orang kapir pakai tudung atau pakai kupiah dia akan rasa seronok dan teruja. Apatah lagi orang Islam itu Melayu. Kita pernah dengar bagaimana terujannya ahli-ahli PAS kononnya Lim Guan Eng nak masuk Islam, hanya tunggu bapanya mati.


Cerita LGE nak masuk Islam ni dah jadi macam cerita Hang Tuah. Tak ada bukti yang sah tapi semua ahli PAS percaya.

Hannah Yeoh pun sama, sehingga ada yang menyebut dia telah Islam. Julai 2014 Hannah Hannah Yeoh telah menafikan dia masuk Islam. Helen Ang dalam tulisannya menyebut "Gara-gara terkilan kerana diberitakan telah masuk Islam, Hannah mengugut andaikata siapa yang mendakwanya sedemikian, beliau akan membuat laporan polis berhubung dakwaan tidak berasas."


Hannah Yeoh adalah evangelista tegar yang begitu giat mendakwah untuk menyeru orang masuk Kristian dan kita tahu bagi yang tegar mempercayai jika dia tidak dapat tarik orang masuk kristian dia akan mati masuk neraka. 



Kalau kita toleh kebelakang, sejarah bagaimana Lee Kuan Yew pada tahun 1958 sentiasa memakai songkok. Ceramahnya selalu ada quote Al Quran. Lee Kuan Yew berjaya membawa orang Melayu  seperti Yusof Ishak, Osman Wok untuk bersama dalam parti Petir. PAP Singapura dengan sokongan Melayu akhirnya berjaya memerintah Singapura. Itu hakikat sejarah yang berlalu.

Nanti ada yang komen, apa yang engkau mengarut pagi-pagi buta ni Nordin?

Politik adalah
persepsi, tak baca ke buku Mujahid, MENUJU PAS BARU pasal lekuk.
Lekuk Ketiga perlu mengubah persepsi orang ramai.

Amalan politik kini undi itu lebih penting daripada keikhlasan. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk dapat undi. Perpecahan dalam PAS sehingga wujud dua jalur pemikiran kerana undi sebab undi lebih boleh Putrajaya. Kalau kita kata undi tidaklah penting sangat dia orang marah kita dia akan kata ada pimpinan PAS masuk PRU tapi nak kalah. Haru kita nak jawab.

Politik Islam ialah politik keikhlasan. Payah juga nak cerita tetapi Cina bukan Islam Timmy Say faham. Dia ada menulis pasal perkara ini. Baik baca tulisan beliau. (Baca di sini)

Kita suka orang bukan Islam boleh datang ke majlis dan program Islam. Kita nak hilangkan Islamfobia mereka. Kita nak tunjukkan kebaikan Islam. Tapi mereka datang dengan matlamat dan tujuan lain kita pula 'bodoh' membaca gerakgeri ini maka sampai bila pun kita akan ketinggalan.

Kalau kita lihat orang Cina yang berada di dalam kampung Melayu mereka boleh berniaga walaupun mereka hanya satu keluarga di sana. Lagi malang sudah berpuluh tahun pun mereka tidak bertukar agama. Kita bodoh dalam berdakwah, kita hanya seronok orang Cina itu pandai pakai kain pelikat dan cakap Melayu cukup fasih. Lagi kita seronok bila dia makan budu, belacan atau cencolok.

Banggalah kita. Sudahlah kita tak berdakwah kepada Islam, ekonomi ditempat kita pun kita tak boleh nak kontrol.

Itulah hakikat Melayu Islam Malaysia...



Nordin Bin Ali

nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

1 comment:

  1. Mari kita istiaqomah brusha ke jln Allah & bertawakkal sepenuh hati kpd Nya...
    Mari yakin & percaya dgn janji prtlngn Allah.
    Ingtlah besar kecilnya tawakkal sesorg kpd Allah S.W.T. sgt bergantung kpd kepercayaannya kpd Allah S.W.T.

    "Apabila Allah menolong kamu, tidak adalah orang lain yang dapat mengalahkan kamu, apabila Allah membiarkan kamu, siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal".
    (Ali Imran: 160).

    ReplyDelete