Friday 19 June 2015

Pertemuan Najib dan Anwar?


Ada orang memberikan maklumat kepada saya bahawa ada usaha untuk mempertemukan Datuk Seri Najib Razak dengan DS Anwar Ibrahim bagi menyekat kemaraaan serangan Tun Mahathir yang makin "mengila" sekarang ini. Tan Sri Lim Kok Wing dikatakan terlibat dalam projek ini iaitu menerukan perojek Konsasus Nasional (KN) yang gagal sebelum ini.

Saya mulanya rasa kurang yakin tetapi pagi tadi sumber yang sama telah menghantar beberapa keping gambar kepada saya menunjukan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar daripada penjara dan menemui sesorang dalam mesyuarat tertutup tanpa iringan polis.

Ini menarik.

Kata sumber itu lagi. DAP sekarang sedang memberikan tekanan kepada PKR untuk singkirkan PAS di Selangor. Akan ada pertemuan DAP dengan PKR terutama dengan Azmin Ali bagi memberikan pilihan dalam bahasa kasarnya kata dua.

Jika Azmin berkeras nakkan PAS bersama PR, DAP akan menarik diri daripada Pakatan Rakyat Selangor dan Pakatan Rakyat akan pecah. Selangor mungkin jatuh kepada BN. Hasilnya PKR akan hancor tetapi DAP masih boleh bergerak sendiri di Pulau Pinang. Dengan cara ini rakyat akan menyahkan PAS dalam isu kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Itu yang DAP nak, nak kambing hitamkan PAS dalam isu pecahnya Pakatan Rakyat.

Oleh itu DS Anwar akan cuba menyelamatkan PKR dalam apa cara sekali pun.

Ok berbalik pertemuan Najib-Anwar?

Kata sumber, kereta Jabatan Penjara muncul di parking tingkat bawah Wisma Maran, Medan Pasar Jalan Tunku Abdul Rahman TAR pada lebih kurang pukul 10 pagi. Gambar di bawah.





Kata sumber lagi Dato Seri Anwar Ibrahim keluar dari kereta, dan pegawai penjara mengarah pihak polis yang mengiring tidak mengikuti Anwar Ibrahim. Anwar dilihat naik melalui lif bomba ke tingkat 8 yang mana ada ada pejabat firma guaman di situ.

Dua puluh minit kemudian, Nurul dan AP Lembah Pantai, Nurul Izzah tiba ke Wisma Maran bersama ibunya, AP Permatang Pauh dan ADUN Kajang serta Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah. Difahamkan perbincangan dipercayai diadakan di Tingkat 8 dan perbincangan itu selesai pada pukul 10.55 pagi.


Kira-kira pukul 11 pagi, Anwar bertemu ahli keluarga di tempat perbincangan Tingkat 8 Wisma Maran hingga dia pulang ke penjara Sungsi Buloh pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Saya bertanya sumber. Mana gambar Najib? Dia datang dari arah mana?

Kata sumber dia tak dapat lagi maklumat berkenaan. Katanya mungkin wakil sahaja yang bertemu.





Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

3 comments:

  1. Semuga bulan yang baik ini Anuar akan di bebaskan dan memperjuangkan Pakatan Rakyat dan memerintah negara.

    ReplyDelete
  2. Semuga bulan yang baik ini Anuar akan di bebaskan dan memperjuangkan Pakatan Rakyat dan memerintah negara.

    ReplyDelete
  3. Pergh dah mcm spy lak blog ni, best siot, aku dah mmg bosan dah sejak TMI n media pro-PH ni jadi cam utusan, nasib baik ada blog ni

    ReplyDelete