Friday 17 April 2015

Usaha Mengaibkan Al-Marhum Yusof Rawa, Ustaz Fadhil Noor Serta Ulama PAS


Hari ini Tarmizi Mohd Jam wartawan Harakah yang tamat tempoh kontrak tapi mendakwa di pecat (saya berani berdebat jika dia sudi) telah mengeluarkan satu surat lama Dato' Asri bekas Presiden PAS. Setahu saya yang ada simpanan surat ini ialah Dato' Wan Rahim, orang kuat PASMA kawasan PAS Kota Bahru. Bagaimana TMJ dapat dan apa tujuannya itu kena tanya TMJ dan Dato' Wan Rahim.

Dalam kenyataan halus TMJ membuat sinopsis
Membaca, meneliti dan memahami bait2 dan isi hati allahyarham Tan Seri Dato Mohd Asri Hj Muda dlm surat perletakan jawatannya selaku Yang DiPertua Agung Pas bagi sesi 1981-1983. Sangat sadis. Amacam?
Tak ada apa yang menarik dalam surat perletakan jawatan Dato' Asri sama dengan tidak ada apa-apa menariknya penamatan kontrak TMJ dengan Harakah. Melainkan kita memutar belit dan memanipulasikan isu, apatah lagi dengan kehebatan menulis yang ada pada TMJ. 

Saya difahamkan melalui maklumat yang ada, satu usaha untuk memburukkan golongan ulama dan usaha ini sudah tidak terkawal sehingga ada yang cuba menunjukan kejatuhan Dato' Asri dan era kepimpinan Ulama dalam PAS yang diterajui oleh Al-Marhum Yusof Rawa adalah tidak benar dan sangat sadis seperti yang disebut oleh TMJ.

Gambaran-gambaran buruk diberikan seolah-olah golongan ulama (Masa itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz) dan pemuda masa itu dipula dibawah Cik Mustafa Ali dengan beberapa orang AJK PAS Pusat yang terdiri daripada Al-Marhum Yusof Rawa, Ustaz Fadhzil Mohd Noor, Ustaz Harun Taib, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Hassan Shukri dll adalah satu perancangan yang jahat dan tidak mengikut saluran parti yang benar.

Ini satu racun halus oleh TMJ dan Dato' Wan Rahim kepada anak muda serta generasi baru dalam PAS. Dan ini adalah fitnah jahat untuk menyingkirkan golongan dan kepimpinan ulama dalam PAS bukan menganti golongan profesinal tetapi golongan Islam tanpa syariat.

1 comment:

  1. walaupun jika ditakdirkan hudud gagal dilaksanakan (mintak dijauhkan)...tetapi hudud telah berjaya membongkar fofesional2 yg disangka menjadi jambatan utk mendekati bkn islam dan menjadi alat utk menerangkan islam kpd mereka...sungguh malang...tetapi kita bersyukur...krn itu petanda allah nk kita bersihkan parti sebelum allah memberi kemenangan hakiki....cuma kene hati2 dgn asmuwi jer...tukang bilang undi yg boleh merosakkan parti...moga allah mematikan langkah2 beliau merosakkan jemaah

    ReplyDelete