Tuesday 14 April 2015

Serangan dan Fitnah Kepada Golongan Ulama PAS makin keras


Buku risalah Siapa Perosak Sebenar PAS? telah dijumpai teredar disekitar Batu Caves. Buku ini menyerang golongan yang disebut sebegai PARASIT dalam PAS. terdapat 8 senarai nama yang didahulukan dengan nama AJK PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli yang juga dikaitan antara perancang menjatuhkan Presiden PAS Tuan guru Haji Abdul Hadi Awang.

Cara percetakan dan bentuk lakaran grafik menyamai edaran perang saraf yang gunakan oleh UMNO Terengganu dalam usaha menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu.



Banyak andaian yang dibuat. Semakan yang dibuat untuk unit kajian PAS, buku ini mula diedarkan dalam Fecebook yang anti-ulama.

Ada dua kemungkinan yang boleh berlaku.

Pertama tujuan buku risalah ini adalah untuk membuat fitnah kepada golongan ulama dalam PAS dan dalam masa yang sama menyerang golongan pro-Pakatan Rakyat dalam PAS. Tujuan lebih melagakan kumpulan dalam PAS.

Kedua, melihat cara edaran buku ini melalui facebook yang anti-ulama dan Pro Pakatan Rakyat seperti Panji Hitam, Maulana Shekh Geng UG, Rakyat Bangkit, Kamel Abuya dll telah mengesahkan mereka semua adalah cybertropper UMNO yang diupah untuk mengerakkan serangan untuk memecah belahkan PAS.


Menurut maklumat yang kami terima, siasatan Unit Penyelidikan PAS juga menunjukkan simpton ada bantuan kewangan besar mempengaruhi pemilihan muktamar PAS kali ini datang daripada luar bagi tujuan merosakkan PAS.

Secara psikologi dalam edaran ini, golongan Ulaman PAS yang menerima kesan lebih buruk daripada edaran risalah ini dan ini telah menunjukkan bahawa yang mengedarkannya adalah dikalangan musuh PAS daripada luar termasuk cybertropper yang bertopeng ahli PAS dan UMNO amnya. Boleh jadi terdapat unsur dalam PAS yang sengaja nak burukan ulama menggunakan tektik kotor. Kajian penyelidikan PAS juga mengesahkan dengan wujudnya 2 fenomena jarang berlaku dalam PAS iaitu:-

i. Kereta dr Hatta yang dibakar dengan cara pembakaran yang boleh dipertikaikan
ii. Dr Dzulkify Ahmad yang dipukul sedangkan yang nak memukul boleh lari bila disergah sedangkan yang datang pasti nak menyerang.

Kajian ini meneliti keraguan dan ada maklumat dan aduan kepada unit disiplin parti tentang wujudnya golongan PGS PAS Pusat sendiri dalam kempen kali ini sedangkan kewujudan PGS adalah semata-mata untuk kepentingan PAS. PGS dikatakan disalahguna dan beberapa individu dalam PGS bergeiat aktif bersama cybertropper UMNO menyerang ulama PAS.


Daripada semua penelitian dan maklumat yang saya sebut diatas, ada sedikit 'prasangka' unit penyelididikan bahawa golongan anti-ulama terlibat dalam memburukan dan memfitnah golongan Ulama dalam PAS.






Walau bagaimanapun perkara ini masih dalam siasatan.

No comments:

Post a Comment