Saturday 4 April 2015

Kenapa Pilih Jalan Fitnah Untuk Halang Hudud?


Apabila Berita Harian (BH) menyiarkan berita kononya Mohd Amar berkata Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberi amanat sebelum meninggal dunia untuk berbaik-baik dengan UMNO, portal-portal pembangkang sepeti Malaysian Insider, Malaysiakini terus menyiarkan berita tanpa usul periksa. Ya sudah tidak ada lagi etika kewartawanan yang menyiasat dan mendapatkan kesahan sesuatu maklumat.

Mereka berlumba-lumba untuk menyiarkan kerana ini adalah satu peluang keemasan untuk menyerang hudud dan ulama dalam PAS.

Lagi malang apabila blogger yang anti-hudud dan ulama menggunakan kesempatan ini untuk menyerang Mohd Amar.

Facebook Maulana Sheikh Geng UG yang disahkan oleh unit penyelidikan PAS sebagai cybertropper UMNO dan beberapa fb yang anti-ulama PAS menyerang Mohd Amar dengan petikan BH ini.






Saya tak faham dan tak jelas kenapa golongan ini boleh menggunakan keratan akhbar Berita Hairan untuk menyerang hudud dan ulama dalam PAS?

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Mohd Amar yang dia sendiri pun hairan, mereka yang menetang akhbar kerajaan tetapi ambil sumber akhbar untuk menyerang rakan dalam Jamaah sendiri.

Mohd Amar menjelaskan apa yang disebut dalam ceramahnya ialah pesanan TGNA kepada dia sebab dia kalau dalam ceramah selalu menyerang UMNO (pukul UMNO).

Dulu TMB yang ditugaskan mengenai hudud, bila saya ambil alih saya dinasihatkan oleh TGNA jangan pukul UMNO pasal saya sedang berunding dengan umno dalam perlaksanaan hudud. Pesanan ini untuk saya bukan untuk semua orang.

Malangnya ada yang sanggup menghamburkan cacian serta fitnah UG sepanjang hari ini terhadap Tuan Guru Presiden PAS khususnya walaupun sudah kerap kali pimpinan pusat malah MSU menafikannya dan mereka bersama dengan bukan Islam menjadi penghalang kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.

Katalah kita berbeza pandangan dalam isu pelaksanaan hudud tetapi jangan ada dalam kehidupan kita menjadi penghalang kepada pelaksanaan hudud di Kelantan dengan kita sama-sama menyebarkan maklumat yang tidak benar.

Apa kita nak jawab disisi Allah nanti. Kita orang Islam sekurang-kurang kita berlapang dada. Jangan catatkan perjalanan hidup ini dengan titik yang merosakan diri yang sukar kita nak menjawab di sisi Allah kerana kita memutar belitkan isu dan menjadi penghalang hudud.

No comments:

Post a Comment