Sunday 27 July 2014

Khalid Ibrahim Cuba DiJatuhkan Kerana Konsesi Air?

Ada orang menyebut Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu dijatuhkan kerana keengganan membeli syarikat konsesi air, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) pada harga RM2.5 bilion berbanding tawaran asal sebanyak RM250 juta.

Menurut sumber ini juga  tindakan tersebut adalah satu cubaan rasuah dan pecah amanah menggunakan duit rakyat dalam jumlah yang sangat besar bagi kepentingan parti dan individu tertentu dalam parti.

Akibat keengganan Abdul Khalid memenuhi permintaan itu menyebabkan desakan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk beliau berundur daripada jawatannya dan digantikan dengan Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut sumber ini juga dakwaan mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang mengarahkan Abdul Khalid supaya membeli dengan nilai yang terlalu tinggi tersebut.

Dakwaan ini selari dengan penulisan pengendali portal Raja Petra Kamarudin dalam pendedahannya mendakwa, Anwar menyokong supaya Splash dibeli dengan harga RM2.5 bilion dan telah mengatur satu pertemuan antara Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah (pemegang 30 peratus saham Splash) dengan Abdul Khalid untuk memastikan transaksi tersebut Berjaya.
Raja Petra menerusi portal malaysia-today.net berkata, Abdul Khalid bagaimanapun enggan melakukannya menyebabkan kemarahan Anwar dan juga dikatakan menjadi sebab Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan Kerajaan PKR Selangor akan mengkaji semula perjanjian air di negeri itu selepas Wan Azizah dilantik Menteri Besar.

Siapa sebenarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?

Samada ini benar atau tidak, Raja Petra Kamaruddin dalam Malaysia Today pernah mendedahkan  mendedahkan bahawa ahli Korporat Tan Sri Wan Azmi Hamzah membiayai beberapa personaliti PKR. [Baca sini]

Wan Azmi yang merupakan 'anak didik' mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bersama ahli-ahli korporat lain seperti Tan Sri Tajuddin Ramli, Tan Sri Halim Saad, dan ramai lagi.

Menurut Raja Petra, Wan Azmi sudah lakukan beberapa urusan korporat sebagai perlindungan dari sebarang kemungkinan ancaman. Antaranya, Wan Azmi telah mengundur diri dari Lembaga Pengarah MAS, menjual saham dalam E&O, dan meyenaraikan sebuah syarikat di London.
Anak Kelantan ini adalah anak mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh yang digugurkan bersama Tun Salleh Abas ketika krisis kehakiman pada tahun 1988.

Wan Azmi, yang sering dituduh pembangkang sebagai nominee untuk mengumpulkan dana untuk UMNO, ada dikatakan sebagai penyokong senyap PAS.

Bantuan ini disalurkan melalui orangnya, Wong Chen.

Wong Chen merupakan salah seorang dari pasukan strategis PKR bersama Rafizi dan Nik Nazmi. Dia berperanan memastikan kekalahan Zaid Ibrahim di PRK Hulu Selangor.

Maka Raja Petra membangkitkan pelbagai persoalan dari pembabitan Wan Azmi membiayai PKR. Antara lain, dia bertanya adakah Wan Azmi cuba memecah belahkan PKR? Turut ditimbulkan adakah ianya satu usaha Tun Daim untuk mengembangkan pengaruh dalam PKR?