Sunday 21 September 2014

Ahli progresif dalam PAS pandai fitnah dalam Whatsapp??

The Malaysian Insider membuat analisis melalui pengarangnya Zul Solong dan Amin Iskandar memepersoal kedudukan ahli progresif PAS. Antara lain di tulis ialah

Soalan sebenar selepas berakhirnya Muktamar Tahunan PAS Ke-60 yang penuh hangat semalam bukan mengenai hala tuju parti itu, tetapi tindakan yang akan diambil ahli progresif dan liberal selepas ini.

Apakah mereka yang tidak setuju dengan cara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang konservatif itu akan terus berdiam diri atas nama wala' dan taat kepada pemimpin, atau mengambil sesuatu tindakan.

Yang kita musykil ialah sikap mereka yang disebut sebagai progresif dalam PAS hanya pandai meleparkan fitnah melalui facebook, blog dan whatsapp tetapi bila tiba muktamar semua mereka tindak mengangkat muka seolah-olah tidak tahu.

Malangnya mereka ini diam membisu dan menghilangkan diri.

Adakah mereka hanya tahu berhujah disebalik groups whatsapp sahaja??

Kalau Ikut Kata Marina, PAS paling layak MB Selangor

Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia akan “runtuh” jika parti majoriti tidak dapat memilih calonnya sendiri untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor.

Demikian amaran pemantau pilihan raya BERSIH hari ini.

Pengerusinya Marian Chin Abdullah berkata, jika “badan tidak dipilih” memilih ketua kerajaan, masa depan negara selepas pilihan raya umum ke-14 akan tidak menentu.

“BERSIH 2.0 menggesa semua pihak hormati peraturan, yang termaktub bukan sahaja dalam konvensyen Westminster, tetapi juga undang-undang tubuh negeri yang menyatakan bahawa seorang anggota dewan negeri (ADUN) mesti mendapat keyakinan majoriti ADUN lain,” katanya.

Maria berkata, krisis di Selangor bukan setakat untuk mencari calon terbaik menjadi ketua eksekutif tetapi ia juga berkaitan sama ada demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan boleh terus berfungsi.


Kalau ikut kata Marina PAS yang paling layak pasal PAS mempunyai 15 Adun manakala PKR hanya tinggal 13.

Tapi atas dasar Pakatan Rakyat PAS memberikan kepada PKR ini ditegaskan oleh Presidennya dalam Muktamar yang ke-60 di Batu Pahat.

Ini menunjukkan pemilihan MB masih dalam lingkungan budi bicara bagi mendapat yang terbaik. Sebelum ini tidak ada masalah Sultan pun tak nak ambil tahu sangat tapi semenjak akhir ini PKR yang dilihat bergitu beriya-iya nakkan Datuk Seri Wan Azizah sehingga ada yang menjadi tanda tanya kenapa??

Kekecohan ini berpunca daripada Datuk Seri Anwar dan ini terbukti dalam kajian akdemik terakhir menunjukkan rakyat salah Anwar telah mencapai 49%.



Sunday 27 July 2014

Khalid Ibrahim Cuba DiJatuhkan Kerana Konsesi Air?

Ada orang menyebut Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu dijatuhkan kerana keengganan membeli syarikat konsesi air, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) pada harga RM2.5 bilion berbanding tawaran asal sebanyak RM250 juta.

Menurut sumber ini juga  tindakan tersebut adalah satu cubaan rasuah dan pecah amanah menggunakan duit rakyat dalam jumlah yang sangat besar bagi kepentingan parti dan individu tertentu dalam parti.

Akibat keengganan Abdul Khalid memenuhi permintaan itu menyebabkan desakan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk beliau berundur daripada jawatannya dan digantikan dengan Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut sumber ini juga dakwaan mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang mengarahkan Abdul Khalid supaya membeli dengan nilai yang terlalu tinggi tersebut.

Dakwaan ini selari dengan penulisan pengendali portal Raja Petra Kamarudin dalam pendedahannya mendakwa, Anwar menyokong supaya Splash dibeli dengan harga RM2.5 bilion dan telah mengatur satu pertemuan antara Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah (pemegang 30 peratus saham Splash) dengan Abdul Khalid untuk memastikan transaksi tersebut Berjaya.
Raja Petra menerusi portal malaysia-today.net berkata, Abdul Khalid bagaimanapun enggan melakukannya menyebabkan kemarahan Anwar dan juga dikatakan menjadi sebab Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan Kerajaan PKR Selangor akan mengkaji semula perjanjian air di negeri itu selepas Wan Azizah dilantik Menteri Besar.

Siapa sebenarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?

Samada ini benar atau tidak, Raja Petra Kamaruddin dalam Malaysia Today pernah mendedahkan  mendedahkan bahawa ahli Korporat Tan Sri Wan Azmi Hamzah membiayai beberapa personaliti PKR. [Baca sini]

Wan Azmi yang merupakan 'anak didik' mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bersama ahli-ahli korporat lain seperti Tan Sri Tajuddin Ramli, Tan Sri Halim Saad, dan ramai lagi.

Menurut Raja Petra, Wan Azmi sudah lakukan beberapa urusan korporat sebagai perlindungan dari sebarang kemungkinan ancaman. Antaranya, Wan Azmi telah mengundur diri dari Lembaga Pengarah MAS, menjual saham dalam E&O, dan meyenaraikan sebuah syarikat di London.
Anak Kelantan ini adalah anak mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh yang digugurkan bersama Tun Salleh Abas ketika krisis kehakiman pada tahun 1988.

Wan Azmi, yang sering dituduh pembangkang sebagai nominee untuk mengumpulkan dana untuk UMNO, ada dikatakan sebagai penyokong senyap PAS.

Bantuan ini disalurkan melalui orangnya, Wong Chen.

Wong Chen merupakan salah seorang dari pasukan strategis PKR bersama Rafizi dan Nik Nazmi. Dia berperanan memastikan kekalahan Zaid Ibrahim di PRK Hulu Selangor.

Maka Raja Petra membangkitkan pelbagai persoalan dari pembabitan Wan Azmi membiayai PKR. Antara lain, dia bertanya adakah Wan Azmi cuba memecah belahkan PKR? Turut ditimbulkan adakah ianya satu usaha Tun Daim untuk mengembangkan pengaruh dalam PKR?