Tuesday 13 August 2013
Ini kesan Pusat Pungutan Zakat Melebihi Pusat Agihan Zakat
Hidup masih ditemani lilin
KESEMPITAN hidup yang dialami menyebabkan setiap malam seorang ibu tunggal bersama tujuh anaknya hanya diterangi cahaya lilin di kediaman mereka yang serba daif di Kampung Sri Paya, sejak 10 tahun, lalu.
Mereka gagal melunaskan bil elektrik yang tertunggak malah terpaksa mengangkut air bersih dari rumah jiran bagi keperluan harian dan memasak, setiap hari.
Namun, keadaan serba kekurangan itu tidak menghalang Siti Sarah Mohd Salleh, 34, menjaga semua anaknya iaitu Nor Shah Rezza Azman, 19; Mohd Esa, 18; Aziera Nafisha, 12; Aziera Hamisha, 10; Mohd Aiman Shah, 9; Aziera Shazwanie,7 dan Aziera Aleysha Nabila, 4, walaupun ramai menawarkan untuk menjadikan mereka anak angkat.
Malah, tugasnya tidak terhenti setakat itu sahaja, Siti Sarah turut bertanggungjawab menjaga dua adiknya, orang kurang upaya (OKU) iaitu Mohd Lukman, 31, dan Abu Sarmi, 25, bagi memegang amanah ibunya yang meninggal dunia, sembilan tahun lalu.
Siti Sarah yang kematian suami pada 2009 menetap di rumah pusaka peninggalan ibu bapanya, tidak bekerja dan menggunakan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM450 sebulan untuk membiayai keperluan mereka.
“Sebenarnya ketika arwah ibu saya masih hidup, rumah ini pernah ada elektrik tapi dipotong sebab kami tak mampu bayar tunggakan bil berjumlah RM7,000 pada masa itu dan sejak itu kami hanya pasang lilin.
“Saya anak-beranak terpaksa mengangkut air dari rumah jiran setiap hari dan setiap bulan kami dikenakan caj RM30,” katanya kepada Sinar Harian.
Meskipun sedar akan risiko penggunaan lilin setiap hari, Siti Sarah tiada pilihan bahkan kesemua anaknya juga sudah lali serta memahami keperitan hidup ditanggung mereka yang serba daif.
Jelasnya, dia tiada pilihan lain walaupun pernah juga beberapa kali lilin terjatuh hingga menyebabkan langsir dan kusyen di rumah terbakar.
“Mujur kami tidak apa-apa. Atas sebab itu juga, saya khuatir keluar bekerja kerana risau tinggalkan anak yang masih kecil di rumah serta perlu menjaga dua adik yang OKU.
“Anak sulung saya juga tidak berdaya untuk bekerja kerana menghidap masalah paru-paru manakala anak kedua saya kerja tidak menentu. Kedua-duanya berhenti sekolah setakat tingkatan tiga kerana memahami kesusahan yang saya tanggung,” katanya.
Walaupun hidup serba kekurangan, Siti Sarah tetap bergantung harap kepada lima anaknya yang lain dan mahu mereka menamatkan persekolahan masing-masing biarpun apa yang terjadi dan sekurang-kurangnya dapat mengubah nasib mereka.
Ditanya tentang soal jodoh beliau hanya menyerahkan perkara itu kepada takdir kerana lebih memberi keutamaan menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anaknya.
“Bukan mudah untuk meneruskan hidup terlalu banyak dugaan dan besar tanggungjawab. Pada mulanya saya agak tertekan namun anak-anaklah harapan dan penguat semangat saya. Saya terpaksa berjimat cermat, masak bubur berlaukkan ikan kering janji anak-anak kenyang,” katanya.
Wednesday 7 August 2013
Dibebani hutang, petani mahu PM benar jual organ
KURUKSHETRA - INDIA. Sekumpulan petani di Haryana meminta kebenaran daripada Perdana Menterinya untuk menjual organ badan bagi melangsaikan hutang mereka.
Di Mahapanchayat, semalam, petani-petani yang berhimpun turut menayangkan kadar bagi setiap organ badan mereka.
Malah, mereka juga turut menyerahkan surat yang telah ditandatangani lebih 100 orang untuk diberi kepada Perdana Menteri.
Perhimpunan itu dianjurkan oleh Bhartiya Kissan Union (BKU).
Mereka turut menyatakan keprihatinan mereka terhadap kematian lebih 20,000 petani yang membunuh diri akibat bebanan hutang.
Di Jat Dharmshala, para petani juga menyampaikan takziah atas kematian Mukesh Panipat yang terpaksa masuk penjara gara-gara tidak mampu membayar hutang dan kemudiannya mati.
Berarak menuju sekretariat mini, petani melaungkan slogan menentang kerajaan.
“Kerajaan membisu berhubung isu bebanan hutang petani. Jika mereka tidak mampu menanganinya, setidaknya, kami dibenarkan untuk menjual oragan dan membayar hutang,” kata Presiden BKU negeri, Gurnam Singh Chaduni.
_______
Gambar di atas adalah gambar hiasan. Gambar ini adalah kreatif penjual daging London membuat pameran jualan selama dua hari dengan tema Daging Manusia dalam Filem Resident Evil 6 di London Smithfields market.

Awas ajaran Islam salah, mari dengar nasihat Adnan Yaakob
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memberi nasihat agar ikut ajaran Islam yang benar. Yang ni aku rasa nak tergelak. UMNO ni kalau bercakap macam nabi, kalau buat macam Firaun.
BENTONG - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya berwaspada terhadap golongan yang mengaku sebagai ulama tetapi sebenarnya cuba menyebarkan ajaran Islam yang salah.
Beliau berkata ajaran yang bercanggah dengan hadis dan al-Quran boleh membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam.
"Saya harap umat Islam tidak akan terpengaruh atau terpedaya dengan mereka kerana ajaran yang disebarkan itu salah dan sekali gus boleh menjadikan negara dan umat Islam huru-hara," katanya pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada lebih 150 anak yatim di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, dekat sini semalam.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan rakyat agar menghargai nikmat keamanan dan keselesaan yang dikecapi sekarang, berbanding rakyat negara lain yang terpaksa hidup dalam penderitaan akibat peperangan.
"Jika kita lihat di negara Mesir dan Syria, bilangan anak-anak kecil yang menjadi yatim piatu meningkat setiap hari akibat kehilangan ibu bapa kesan daripada peperangan.
"Berbanding di negara ini, anak-anak yatim diberi bantuan yang sewajarnya kesan negara yang aman dan makmur. Jika negara kita huru hara dan berlaku peperangan, sudah tentu anak-anak yatim akan menderita dan sukar untuk meneruskan hidup," katanya. - Bernama

Tuesday 6 August 2013
Berapa Agaknya Upah Bunuh Guna C4?
Selepas akhbar Singapura melaporkan dakwaan pembunuh upahan boleh diperoleh dengan RM5,000 di Malaysia, akhbar tempatan pula hari ini melaporkan harganya lebih rendah lagi.
Sebuah harian berbahasa Melayu melaporkan pembunuh upahan boleh diupah serendah RM1,000, yang ironinya menepati tajuk kontroversi The New Paper Singapura bahawa "death is cheap" (murah untuk mati) di Malaysia.
Dalam temubual dengan Sinar Harian, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar ditanya sama ada faktor upah serendah RM1,000 punca peningkatan pembunuhan menggunakan senjata api.
"Ya, tetapi bukan faktor itu sahaja. Kini senjata api boleh disewa dengan kadar harga yang murah.
"Malah ada senjata api daripada negara luar, yang terpakai boleh dibeli dengan harga yang lebih murah iaitu pada kadar RM700 ke bawah," beliau dipetik sebagai berkata.
Akhbar Satar yang juga presiden Transparency International-Malaysia berkata ramai orang tempatan mempelajari cara menjadi pembunuh upahan dan kaedah membunuh melalui internet.
"Penjenayah ini boleh dikategorikan kepada 'contract killer' iaitu amatur, semi profesional dan profesional.
"Di negara ini, ramai yang terdiri dariada semi profesional dan apabia melakukan pembunuhan, masih meninggalkan bukti yang membantu pihak polis melakukan siasatan," beliau dipetik sebagai berkata.

Sunni pun ada ala Syiah
RITUAL KAEDAH KUNO YG GANAS UTK MEMANGIL HUJAN
Penduduk kampung ini begitu terdesak untuk hujan mereka telah menggunakan satu upacara kuno di mana mereka menyerang antara satu sama lain dengan cambuk untuk cuba mempengaruhi cuaca.Dalam kesakitan selepas setiap pukulan , pesaing-pesaing yang tahan lasak tidak berganjak diantara satu sama lain .
Upacara dikenali sebagai ujungan telah diguna pakai oleh banyak kawasan di Indonesia, termasuk bandar Kediri, di mana gambar-gambar telah diambil.
Semasa upacara ritual, alat pemukul yang diperbuat daripada sabut kelapa sawit, dinamakan Tiban akan dipukul ke badan. Pukulan Tiban diiringi dengan alunan muzik. Darah yang mengalir menjadi simbolik untuk pertukaran dengan air hujan
Subscribe to:
Posts (Atom)