Wednesday 7 August 2013

Dibebani hutang, petani mahu PM benar jual organ

KURUKSHETRA - INDIA. Sekumpulan petani di Haryana meminta kebenaran daripada Perdana Menterinya untuk menjual organ badan bagi melangsaikan hutang mereka.

Di Mahapanchayat, semalam, petani-petani yang berhimpun turut menayangkan kadar bagi setiap organ badan mereka.

Malah, mereka juga turut menyerahkan surat yang telah ditandatangani lebih 100 orang untuk diberi kepada Perdana Menteri.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Bhartiya Kissan Union (BKU).

Mereka turut menyatakan keprihatinan mereka terhadap kematian lebih 20,000 petani yang membunuh diri akibat bebanan hutang.

Di Jat Dharmshala, para petani juga menyampaikan takziah atas kematian Mukesh Panipat yang terpaksa masuk penjara gara-gara tidak mampu membayar hutang dan kemudiannya mati.

Berarak menuju sekretariat mini, petani melaungkan slogan menentang kerajaan.

“Kerajaan membisu berhubung isu bebanan hutang petani. Jika mereka tidak mampu menanganinya, setidaknya, kami dibenarkan untuk menjual oragan dan membayar hutang,” kata Presiden BKU negeri, Gurnam Singh Chaduni.

_______
Gambar di atas adalah gambar hiasan. Gambar ini adalah kreatif penjual daging London membuat pameran jualan selama dua hari dengan tema Daging Manusia dalam Filem Resident Evil 6 di London Smithfields market.

No comments:

Post a Comment